iklan banner

Puisi Untuk Manda

Puisi Untuk Manda
(Moch. Saddam Husen)


Dalam kebisuan malam
Diri ini terpenjara bersama kesunyian
Tanpa kawan jua pancaran sinar
Selain senyum cacian sang rembulan dan bintang

Dikesendirian ini aku disudutkan pada lara
Dilemparkan pada luka
Hingga mungkin nanti ditidurkan dalam duka
Namun tak apa bagiku
Kerana itu demi dirimu

Wahai wanita nan cantik jua anggun
Hanya padamu aku labuhkan cinta ini
Hanya untukmu ku korbankan sukaku
Hanya keranamu ku perjuangkan rasa ini
Dan hanya demi dirimu aku tutup hati ini untuk semua wanita

Wahai mandaku...
Kau adalah embunku kala fajar
Mentariku kala siang
Rembulanku kala malam
Tanpamu bak mendung tanpa hujan
Tanpamu nafas ini terhenti


Ketanggungan Tengah, 13 Mei 2016